QALBU

aku selalu bicara pada qalbu ,

hati kita siapalah yang tahu ,

atas jalan dakwah yang berliku ,

aku pohon moga Allah bantu

Friday 5 February 2016

rindu tanpa noktah

swag x swag . rare pe ustazah aq . haha .. terik2 ni la duk meroyan smua nak bergambo ..

member seperjuangan . hari graduasi 2015 . cayalahh
back scene la ny.. haha .. sian ustazah Atiqah duk ngatur allignment kami ;D
dgn leadernya kpala senget . kihkih


dah 2 bulan lebih dah meninggalkan zaman persekolahan menengah . padang jarak padang tekukur kat depan kelas f5 dah tak kelihatan sebaik sahaja selepas sarap di rumah . kalau dulu, jam 7 pagi ceq dah kalut duk bratur ngn mmber2 kat prhimpunan. kena laa redah tanah gersang yang ada la sebatang dua gemuncup. smpai je dewan smua gegirls duk tunduk ngadap kain cabut gmuncup punya pasal, haha..

padang azimat ni laa kami kena denda macam2 . this field full of memory . sini la tempat makan, sini la tmpat discuss. sini la jugak tempat latihan kawad , netball bagai.. huihh...
banyak baktimu wahai kaum rumput . 

walau seteruk mana pun kami pijak hang , even sekeras mana pun bola hok kami lempaq kat hang . seberat mana pun but kawad yang kami sarung menghentam kalian.. hangpa tetap membesaq dengan hijau . tak pernah merajuk gedik2 tak nak tumbuh walaupun sehari. 

aku tahu aku tak mampu setabah hang . dengan ujian yang datang bergolek kat aq. sekuat mana pun aq ketika itu. pasti ada air laut masin yang akan mengalir di tanah lembut seorang insan digelar manusia ini . walau bukan di saat itu , pasti ada waktu yang aku perlu bersendirian . 

ye. benar bicara seorang guruku ,. "dengan masalah yang hadir, kau mengadu pada manusia.. inshaAllah masalah akan selesai, namun hati hang duk lagu tuu gak. rock ! tak tentu arah.  
tapi ingat, kalau hang ngadu kat Allah, tak dinafikan.. masalah akan selesai even bukan pada waktu itu serta merta, but trust me, hati hang akan tenang SERTA MERTA time tuu gak ! "
bukan rock dah ! nasyid teruih.. haha..

terlalu banyak pengalaman yg kita timba, sahabat. dah pelbagai perasaan bercampur baur antara kita. marah. geram . sedih . dengki . sedih . gembira . dajjal . malaikat . hehe..semuaa lah .  tapi ingat, kalau kita tak amik ibrah atau pengajaran dari semua tu.. sia2 je kehidupan kita kat bumi penawar selama ni, sahabat . 

life is a process of learning, everyday we done the same thing . eat . talk . study . but only the smart  person will knew that actually he had learnt new things. and the more intellegent person is.. when he try to improve his skills and himself .

p/s : rindu member2 smkabp . ustaz ustazah . kucing2 . cik cha cik ita . aduhh nak list mmg smpai subuh esok x habis.
        btw, FI HIFZILLAH , SAHABAT SEMUA :*  assalamualaikum. salam rindu buat kalian

No comments:

Post a Comment