QALBU

aku selalu bicara pada qalbu ,

hati kita siapalah yang tahu ,

atas jalan dakwah yang berliku ,

aku pohon moga Allah bantu

Friday 3 June 2016

takde tajuk , Blurr

Fffuhhhh ....

Berhabukk >.<  haha ..

Dah lama betul klik link blogger ny . Rinduu sumpah rindu .
25 Mac 2016 , Rabu . Tarikh inilah aku mula melangkah masuk ke alam baru.
Dunia kolej . Alhamdulillah , segalanya berjalan lancar .
Membahagikan kumpulan assignment , ad meeting MT .. tu yg x tersentuh blog ny.

Kesihatan pun tak mengizinkan 1,2 mnggu nyh . InshaaAllah ujian yang menguatkan . Ceq Kuat !!! Thnx sahabat yg mendoakan ,. Geng Biruni , geng Mitas , and dalam diam .  Semoga Allah merahmati kalian.

Ada sesuatu yg ingin dikongsi , inshaaAllah next entry .

Thursday 19 May 2016

I'm proud with you

This entry was written on 19 May 2016 at 8.57 PM.

.
.
.
.
.
.

Musim result keluar dah tiba .

Result UPU .
Result matruk .
Result kolej swasta .
Result permohonan biasiswa .

Dan kini telefon ceq pun duk getar je sokmo , haha.. pasal whatsapp duk selalu masuk. Takpe , Alhamdulillah ceq suka kawan2 ceq duk tanya kabo . J

Masing2 duk tanya member dapat mana , kos apa , bila masuk . haih,, dah besar semuanya .

Alhamdulillah , I’m proud with you guys. Serius. Even ada yang mengadu kat ceq , “aku x dpt upu” // “dapat U jauh , prents x kasi pergi” // “ belajar situ mahal , kena fikir banyak kali la..”

Wahai kawan , member , sahabat , ketahuilah ..
Rezeki Allah itu Maha Luas . Senyumlah .

Kamu tak dapat Universiti itu , pada akal kamu sebab kamu tak mampu bayar , jadi kamu terpaksa lupakan hasrat itu . Tapi pada akal ( pengetahuan ) Allah , sungguh Dia Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. Barangkali ada ujian yang bakal kamu tempuh di sana , dan kamu tidak mampu menghadapinya. Faham tak ? maka senyumlah , sahabat J

Tuntut ilmu ni kat mana – mana boleh. Malah , sepanjang hayat kita ini adalah medan menuntut ilmu . Teringat sebuah kata oleh seorang pemikir barat ;

Your experience is the best teacher ever .


Maksudnya , pengalaman adalah guru terbaik buat kita. Kenapa ? Dari pengalaman lah kita banyak belajar . Setiap hari kita jumpa pelbagai perkara baru. Org begini , sikapnya begini dan kita tidak suka , maka azamkanlah dalam diri untuk tidak ada sikap sebegitu. Orang begini sikapnya , dan kamu terpegun dengan akhlaknya , maka tekadlah di hati untuk mencontohi akhlaknya. Maka itulah pengalaman berharga buat kalian . J

Pengalaman ---
Yang mematangkan .
Yang memandu kita lebih dekat denganNya.

Kat mana pun kita belajar , tajdid niat tiap hari. Ini pesanan seorang kakak senior pada ceq . Aku belajar kerana apa ?


Kalau sekadar ---
 kerja , kau tak perlu masuk U pun . bukak warung , jual produk dsb.
Kaya , tak perlu masuk U pun . cukup sekadar kamu meminta – minta .

Tapi jika nawaitu kamu ingin mencari ilmu , menggapai redhaNya , jangan risau wahai sahabat . Semua itu bakal kalian peroleh . Kerana apa ?

“kamu mengejar dunia , kamu tidak dapat akhirat. Kamu mengejar akhirat , kamu akan mendapat keduanya”

#rehatsebentar
#renunganbersama
#CeqSayangSahabatCeq
#MogaKalianSentiasMendapatRahmatNya



Wednesday 18 May 2016

Ketenangan perlu dicari ke ?

Kadang - kadang ketenangan itu tidak perlu terlalu dicari.
Ia akan datang sendiri .
Pada perkara yang kita sudah lali* .

Cuma selama ni , buat tanpa hati .
Buat sekadar buat .
Tanpa penghayatan dan keyakinan .

Kadangkala baca Quran , kita dapat ketenangan .
Kadangkala tngok mak ayah je dah tenang .
Kadangkala beriadah dgn mmber dgn niat lillah akan dpt ketenangan itu .

Ye , tanpa kita mintak pon ..

Well said ,
apa - apa yg mendekatkan kita dengan Allah.
Di situ , kita perolehi KETENANGAN .


Saturday 14 May 2016

AKU BUTA

this entry was written on 14 May 2016 at 11.37am



ntah la.. kadang kadang kita rasa terlalu selesa kat dunia.
sampaikan kita rasa , kita dah tak akan ke mana.
buat apa apa pun tak dilihat manusia
jadi biarkan aje.

cukuplah aku buat baik pada diri sendiri.
orang lain , lantak diorang la.
kalau aku mampu berfikir begini ,
tak mustahil yang lain.

AH SUDAHLAH !

-------------

kenapa perlu fikir bagaimana orang lihat . tapi tidak fikir bagaimana sekiranya Allah lihat
---- yang sememangnya Maha Melihat .
ye , kau buta .

buta dalam menilai.
buta dalam berkata.
buta dalam menjadi.


kau nilai ujian itu melemahkan . sedang itulah yang menguatkan.
sedang itulah yang mendekatkan kau dengan Tuhan.

kau berkata penuh dusta . sedang kau lupa , semua itu akan diperkata sendiri oleh kau di 'sana' .

kau menjadi seseorang semata - mata untuk seseorang . sedangkan seseorang --- orang itu sifatnya sementara . kerana dia juga hamba .

tapi kau buta . buta . buta .
buta dalam semua perkara .
buat sesuatu pandukan nafsu , sedang kau tolak tepi panduan wahyu.

------------------------------------------------------
 'kau' itu 'aku' .


Ya Allah , celikkanlah hati aku . bersihkanlah jiwa aku . aku tak mampu buat sesuatu tanpa bantuan dan pertolonganMu . sungguh , Kau Maha Penyayang . tapi aku salah gunakan . aku buat dosa , kemudian aku taubat. aku buat dosa , kemudian aku mohon keampunan. yelah , sebab Kau Maha Pengampun.
Ya Allah , jijiknya aku disisiMu .

tapi kau penuh dengan KASIH SAYANG . Kau penuh dengan KELEMBUTAN .
masih memberi nyawa pada yang hina --- bukan pada pandangan manusia .


Na'uzubillah min zalik.

jauhkan aku dari semua itu . aamin Ya Rabb :)

---------------------

LOVE,
CEQ 























Friday 13 May 2016

Bersih Ke Kita ??

This entry was written on 13 May 2016 at 9.50 pm .



Assalamualaikum ,  haa.. haritu kan ceq habaq nak bagitau sikit pasai “Hadith Open Mic” kan ?
Oke , semalam hari khamis dan tajuk depa semalam adalah “KEBERSIHAN” // النظافة  // “CLEANESS
BM . BA . BI . jangan baca lagu laen plak --‘

Hidup kita memang perlu pada kebersihan. Sejak kecil kita dididik dengan bersih. Bangun awal pagi mandi. Gosok gigi. Sikat rambut. Iron baju. Pakai tudung kena lipat tu haa kat pipi.kasi bulat macm bola.. baru comel kata ibu . haha.. Kasut kapur setiap 2 hari. Ya Allah.. rindunya,,

Ustaz tu kata , Allah suka orang yang bertaubat dan menyucikn diri. Kerana orang yang bertaubat itulah sebenarnya orang yang suci. Malah mulia barangkali. Mungkin tidak nampak disisi manusia, tapi sangat di Yang Esa.

Seperti satu hadis yang ceq dapat semalam, :

ISLAM ITU BERSIH. MAKA JADILAH KALIAN ORANG YANG BERSIH. SESUNGGUHNYA TIDAK MASUK SYURGA KECUALI ORANG YANG BERSIH”
-Al-Baihaqi-

Deep. Ye. Tahu.

Tahu’ tak mampu nak ubah sesuatu tanpa apa-apa tindakan. We need to do it !

Bersih disini bukanlah sekadar tiada najis di baju. Bukan sekadar di muka tiada debu. Bukan sekadar kilatnya pintu. Dan bukan sekadar bersihnya badan hingga tiada  bau.
Fuhh~ haha..

Salah satu perkongsian dari brother Suhail (tetamu jmputan).
Bersih ni adalah suatu kontras. Yeah , kita tak boleh cakap sesuatu benda tu bersih , kalau ia tak kotor dahulu. Kan ?? oke, macam kita kemas bilik.. dah settle semua tu, then kita akan cakap..
Yeay !! bilik dah bersih !”  wait, bila kotornya?  Nah.. faham kan ?  good !

Dan actually bersih ni perlu luar dan dalam. It’s not just a physical appearance. But somehow it needs to be mentally too.

Andai bersih itu didefinasikan untuk zahir sahaja.. sudah tentu aku sentiasa berburuk sangka.
Andai bersih itu dipandang secara luaran , sudah pasti aku akan sentiasa berdendam.
Andai bersih itu dinilai dari fizikal , aku yakin akulah syaitan dunia.

Ye,, tak mustahil. Kerana apa ? buruk sangka bukan jenayah fizikal. Dendam bukan jenayah fizikal. Maka tak mustahil untuk aku tidak takut berbuat sedemikian. Sebab dunia kini memandang jenayah fizikal itu lebih kritikal berbanding jenayah mental (hati).





Dan kalau kita fikir, pembunuh tak akan membunuh andai hatinya bersih.
Dan kalau kita fikir, pencuri tak akan mencuri andai hatinya bersih.
Dan kalau kita fikir, pengkhianat tak akan membelot andai hatinya bersih.






Semua bermula dari hati, sayang *eceyhh.. J. Tapi betul . hati itu enjin bagi kerangka (hidup) kita. Kalau selalu dibaiki, maka eloklah kereta itu. Jika sering diservis , maka lancarlah pergerakannya.

Nah ceq bagi quotes sikit :

  IF YOU WANT TO BE A CLEAN PERSON, JUST LET IT BE IN AND OUT  :)

---------------------------------------------------------------------------------------

Minta maaf salah silap .
Mohon kebenaran yea pihak HOM amik sedikit ilmu untuk dikongsi.
Moga bermanfaat buat semua.

Oh yea , buang sampah keluar dari kereta akan buat kereta kita bersih. Wah ,, teruskanlah buang.
Itupun kalau kat luar tu tong sampah. Sebab setahu ceq, ‘sampah’ selayaknya di tong sampah.

Semuanya ada tempat masing – masing. Dan meletakkan sesuatu pada tempatnya , itulah yang dipanggil HAK. Allah tak suka orang pengotor. Jadi selayaknya orang yang Allah tak suka kat mana?



wallahualam.


LOVE,
CEQ




Wednesday 11 May 2016

ALLAH SAYANG KAU :)

This en try was written on 29 April 2016


Sekarang ceq mula sedar. Betul , ustaz di sekolah rendah ceq ada cakap. Nak tuntut ilmu , tuntutlah sekarang (muda ). Nak berjinak dengan amal ibadat, mulalah sekarang (muda). Dulu ceq tak faham. For me , it’s good what kalau waktu tua2, otai2 tu nak beramal ibadat, tambah ilmu , gi kelas agama , kuliah dengan atok2. *haha comell pulak dengarnya*
Yela , kata orang .. "Dunia Kata Pergi , Kubur Kata Mali" *btol ke ?

Tapi satu point yang aku terlepas pandang. Ye !! “MULA” . The starting point is the main. How we start can show how we end. Kalau berjinak dengan tarbiyah di usia muda , In Shaa Allah akan kekal ke tua. Which means , kudrat itu , selagi ada , gunakanlah .

Guna sebaiknya. 


CAK !!!  hehe..

didiklah anak2 muda mendekati malah mencintai Al-Quran
kerana sesungguhnya ALLAH memelihara
hati orang yang menjaga Al-Quran 

Bila usia meningkat , komitmen bertambah. 
Kerjanya lain , rumah tangganya lain, anak-anaknya lain. Waktu tu kau akan rasa , menyesalnyaa… tak guna waktu muda dulu untuk tambah amal dan segunung ilmu.
Yup ! ini semua berdasarkan pengalaman ceq. Selalu terdengar kawan2 ibu ayah bila mereka berjumpa. . kadang2 terdengar ayat itu. 

Kadang2 Allah bagi kesedaran dan jentik hati kita secara halus dan lembut. Kerana itu Allah juga ada nyatakan dalam Al-Quran *Ceq tak berapa ingat surah apa..InShaaAllah nnti ceq sertakan surahnya*
melalui ayat itu , dapat ceq fahamkan sebagai orang awam,, bahwa setiap apa yg berlaku di sekeliling ini adalah tanda kekuasaan Allah. Namun itu hanyalah untuk hambaNya yang berfikir.

Allah tegur ceq tentang kesedaran ini melalui perbualan mak cik – mak cik je .. yang kalau kita tengok secara kasarnya macam.. alah,, biasala org tua ckp gituu..
itu yang kita salah !

“BETULKAN YANG BIASA , BIASAKAN YANG BETUL”  J


Tapi nenek atok ,,ceq nak pesan, *ehh, mcm ada je nnek atok baca --‘ haha*
 janganlah terlalu menyesal , takut nanti tertinggal. Menyesal boleh , but MOVE ON !!
Allah tak suka orang yang mudah sangat berputus asa ni.. 

Betul , kadang – kadang benda yang baik , atau perubahan kearah yang lebih baik ini, kau perlu mula dengan KETERPAKSAAN. Lambat laun, kau akan lali..
And hari kau takkan tenang tanpanya.  Waktu itu , percayalah.. ALLAH MEMELIHARA KAMU J


Tuesday 10 May 2016

BOSAN . .

this entry was written on 23 March 2016 at 7.00am


BOSAN . .

Setiap orang ada kisah yang tersendiri.

Kisah aku,
Aku rasa..

Kisah kau,
Kau rasa..

Tak kesah la macam mana pun kisah kita,
Tak kesah la macam mana pun masa silam kita.
Yang penting kisah itu dari Allah .

Kita ada hak untuk berubah.
Syaitan tak pernah bosan nak hasut kita,
Allah tak pernah bosan nak ampunkan kita,
Kenapa kita nak bosan untuk

Mohon ampun dariNya ??

غد البصر . .

this entry was written on 16 April 2016 at 5.30pm




غد البصر . .



Kalau dalam solat kita mampu
Tundukkan pandangan ke tempat sujud .
Mengapa tidak di luar solat juga ?

Tidakkah ia sesuatu yang baik
Jika kita mampu mengaplikasikannya ?

Susah ye ?  Rasa best tengok gelagat manusia ni kan?
Sampai kita tak sedar , yang kita tak mampu
Untuk kawal diri dari lihat ajnabi .

Kalau macam tu ,
Cuba fikir jap..
Yang menetapkan kita supaya
Memandang ke tempat sujud
Siapa ? sudah tentu Allah .
---- Kita patuh.

Adakah yang menyuruh kita
Menundukkan pandangan

Di luar solat bukan Allah ??

Monday 9 May 2016

HADITH OPEN MIC

THIS ENTRY WAS WRITTEN ON 9 MAY 2016 at 5.13pm . 

just a light entry for now :)
InShaaAllah , nak promote bagi sesiapa yang mahukan
makanan buat rohani (iman) , JOM !!
saksikan satu program dakwah yang dibawakan secara santai.

channel apa ??
 channel oasis di saluran 016 :)

yes , one of my mom's favourite tv programme also ;


HADITH OPEN MIC !! 


nah ! promote sat . haha ~ ;)

MashaaAllah , tabarakallah ..
sangat banyak informasi dan perkongsian yang boleh kita ambil
dari setiap bait-bait kata tetamu jemputan
yang juga bukan calang-calang orang yea !


InShaaAllah , jika ada perkongsian ilmu yang ceq dapat darinya ,
ceq akan post kat blog ny naa ~

#mogaALLAHrahmatikalian
#journeyofDakwah .


got to go. assalamualaikum


























Wednesday 4 May 2016

27 Rejab : Tanggal Bersejarah Umat Islam


sebelum tidoq , meyh layan sat.
baca tentang peristiwa Isra' Mi'raj 
memandangkan sudah tiba waktunya..
selamat membaham ilmu ini yea..

PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ

Ia berlaku pada 27 Rejab .  // apa maksud Isra dan Mi’raj ?
Ok , Isra’ bermaksud perjalanan malam manakala Mi’raj pula bermaksud pendakian .
Baginda diisra’kan dari Kota Mekah ke Kota Palestine dengan menaiki Buraq .
*dulu selalu dengar pasal Buraq ni kat sekolah tapi x tahu mende *
Oke sambung .. Nabi ketika itu ditemani oleh Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail .

Baginda diperlihatkan pelbagai kejadian yang ajaib ketika dalam perjalanan itu .
Baginda melawat  beberapa tempat ketika itu iaitu
  • ·       Kota Madinah ( kota yang akan baginda berhijrah)
  • ·       Bukit Sinai ( tempat munajat Nabi  Musa)
  • ·       Baitul Laham ( tempat lahir nabi Isa )


Apabila Rasulullah sampai di Masjidil Aqsa , Palestine maka baginda solat di situ . seluruh para nabi menjadi makmum dibelakang nabi .

Kemudian ? *wahh.. tak sabra nampaknya nak tahu . .

Daripada Baitul Maqdis inilah Rasulullah berangkat ke Sidratul Muntaha . * haa.. peristiwa inilah dipanggil Mi’raj . perjalanan Baginda menembusi 7 lapisan langit . di setiap lapisan itulah Rasulullah berjumpa dengan para nabi terdahulu seperti nabi Adam , nabi Isa , nabi Yahya , nabi Yusuf , nabi Idris , nabi Harun , nabi Musa dan akhir sekali nabi Ibrahim yang mana ketika itu Baginda sedang bersandar di Baitul Makmur .

*seperti yang selalu diperjelas dalam kuliah agama yang sering kita dengar , Baginda juga diizinkan oleh Allah untuk diperlihatkan azab neraka dan syurga * . baiklah , kemudian Baginda tiba di Kursy dan seterusnya Arasy . ketika inilah Rasulullah melihat sendiri mengenai malaikat penjaga Arasy , Lauh Mahfuz dan lain-lain hal ghaib .

Maka setakat di Sidratul Muntaha sahajalah Baginda ditemani malaikat Jibril . perjalanan seterusnya hanya diteruskan Rasulullah secara bersendirian kerana Baginda sahajalah yang layak mendaki lebih tinggi lagi . Maka sampailah baginda di Mustawa . di maqam yang tertinggi inilah baginda ‘bersua’ dengan Allah .

*ini bukanlah bermaksud Allah SWT berada di langit , syurga , Sidratul Muntaha atau sebagainya . Ini kerana ketika itu , yang berada di Mustawa hanyalah Baginda Rasulullah manakala Allah wujud tidak bertempat . Rasulullah ‘bersua’ iaitu berbicara , mendengar , dan melihat Allah tanpa kaifiat .

Baginda dimi’rajkan dgn sebegini tinggi adalah sebagai bukti maqam kemuliaan Rasulullah SAW adalah yg tertinggi melebihi segala-galanya . Kerana inilah Baginda digelar Penghulu segala Makhluk , bermakna baginda lebih mulia daripada Arasy , Kursy , Lauh Mahfuz para Malaikat dsb . Ketinggian ini juga bermaksud hanya hamba Allah yang mampu mencapai darjat sebegini sahaja yang mampu ‘bersua’ dgn Allah ketika dia masih hidup .


\\ petikan kisah ini diambil daripada KITAB TAMADUN ISLAM\\ karya IBN JAWI \\ terbitan THE PATRIOTS .
nak link the patriots ?? banyak sejarah Islam yang mengagumkan dan ilmu2 lain ada kat sini..
nah :                  http://www.thepatriots.my/ 
                    facebook mereka :    /https://www.facebook.com/thepatriots2020/                 
               
J  sahabatku dan pembaca sekalian , peristiwa (Isra’ Mi’raj) ini telah membuktikan salah satu kekuasaan Allah dan kemuliaan Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi Allah . *nak tahu tak ?? Baginda dimuliakan oleh Allah dengan gelaran Habibullah (kekasih Allah) .

اللهما صلى على سيدنا محمد    J




Sunday 1 May 2016

Keberkatan MASA ??



assalamualaikum . .

hari ni dah 2 Mei 2016  . Ya Allah , cepatnya masa berlalu . tutup mata , celik mata ,
dahh pagi .. haihh ~  tak yah duk ngeluh sangat lah . 

"mana tak ngeluh nyaa. . cepat sangat masa ni bergerak . ceq nak buat kerja pun , macam asyik tak sempatt je weih "

"hang nak tau dak apa salah satu tanda tanda kiamat ? *Gulp !!* "hah.. padia ??"

"waktu cepat berlalu meninggalkan kita"  *tertunduk .. 

untuk entry kali ni , ceq tak dak la nak cakap pasal kiamat pun . It's just about time . and maybe some addition --- biasalah kalau mmbebel mana kena rangka draft , ye dak ? haha.

************************************************************************
aku terjumpa satu quotes ;  " dalam satu hari tu , kita buat semua benda , rasa clearr je . and masa dirasa tak berlalu terlalu pantas . malah rasa banyak sangat waktu terluang . itulah tandanya masa kita diberkati ."

haa . . ingat rezeki je ke yang ada barakah ? dalam setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni , semuanya perlu harapkan barakah dari Allah . Rahmat dari Allah . that's why dalam sesuatu majlis like perjumpaan ajk kampung ka , mesyuarat PIBG ka *alahaii..rindu pulak* , wedding and so on .. mesti dalam list tentatif program tu adanya bacaan doa oleh si pulan .. whether imam, ketua pelajar , ketua kampung dsb lah . And perasan tak dalam doa tu mesti ada berbunyi atau hampir sama ;

"Ya Allah , kami berkumpul pada hari ini adalah untuk . . . . . , maka Ya Allah , kau berikanlah kelancaran pada program kami , dan kami memohon agar Engkau berkati majlis ini , serta berilah keampunan kepada kami . .  . .. "

kan ?? mesti pernah dengar kan ? So the point is , MASA ITU JUGA PUNYAI KEBERKATAN . maka , dalam kehidupan seharian kita , sudah tentulah masa itu sentiasa bergerak kan ? dan setiap detik yang berlalu , dalam silih ganti minit dan jam .. mohonlah pada Allah , agar NIKMAT MASA yang kita kecapi selama ini dan akan datang , diberi keberkatan agar segala pekerjaan yang kita lakukan juga diredhai . In Shaa Allah  . . Allahumma aamen..


"MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KALIAN :) "
-ceq-



nah ,,  kita sebagai seorang Mukmin In Shaa Allah beriman bahwa
kematian itu suatu kepastian . maka jadikanlah dunia ini
sebagai pembantu kita untuk mendapatkan Husnul Khotimah
dan syafaat Baginda di akhirat kelak .
In Shaa Allah ..

















Saturday 30 April 2016

Tanda Cinta adalah Taat

"Tanda CINTA itu adalah TAAT " .

Aku ingat lagi ,, ayat atau statement ni .
Diberikan oleh seorang hambaNya .
Dah tak ingat , soalan apa aku tuju pada dia waktu tu.
ما معنها ؟ . Apa maksudnya ??

Mula-mula mmg susah jgak aku nak hadam ayat ni .. bagi aku ,, does we need to obey ALL the requests from the person that we love ??

Tapi lepas diterangkan , yea . . Ada betulnya persoalan aku tu .

Perkara yang kita sayang , sudah tentu erat dan kemas kita pegang .

Insan yang kita cinta , sudah pasti seluruh kudrat kita persembahkan untuk menjaga .

Itulah CINTA . ianya Subjektif . Ada org cinta itu , perlu ditunjuk dgn harta dan benda . Ada orang , cinta itu perlu diluah dengan kata . Dan ada orang , cinta itu biarlah rahsia  . Achewahh ~

Haha . erm, bagi aku itu semua tidaklah salah . Mengikut kesesuaian .
Kalaulah cinta perlu ditunjuk dgn harta , bagaimana si papa kedana membina keluarga ??
Kalaulah cinta perlu diluah dengan kata , maka tidak terdayalah si bisu , insan istimewa anugerah Allah .
Dan kalaulah cinta itu sekadar rahsia , antara dua nyawa , bagaimana untuk merasai kemanisannya ??

Faham ? Ayat aku mmg berbelit . Siapa yg faham , alhamdulillah . Yang tidak , aku mohon maaf . Sebab yang beri kefahaman bukanlah aku . Minta padaNya . Moga dipermudah segaka .

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Oke back to the statement .

Aku malas nak hurai pepanjang pasai cinta ny . X gheti bak hang . Sbb aku ni pencinta semua . Kucing , rabbit , ibu ayah , family , sahabat , buku , baju , awak.. *ehh ? Haha . .
Dan kadangkala aku tak tahu membezakannya . Sometimes lah -_-     --- even alahan kucing tahap max pon still nak tido ngn depa . Alahaii ~

Tapi yg penting , aku nak habaq maii yg paling penting adalah cinta padaNya .
Bagaimana kita nak tunjuk kasih sayang cinta muah suka minat kita pada Allah ??

Tuu ..  "TAAT" . Itulah salah satu cara kita nak luah , nak bukti cinta kita . Taat lagu mana ? ----  SIMPLE . just buat apa Allah suruh and tinggai apa Allah larang  .

Heh ,, cakap senanglaa.. kau ingat aku malaikat ? Uishh.. ceq x habaq lagu tu pon . . Cumanya nak ckp , "Kalau dah sayang tu , sanggup je buat apa"  . Hehehe *senyum sinis .

Takpe , slow slow . . Allah tidaklah kejam dengan hanya mahu lihat hasil kamu --- soleh solehah . Purdah berkopian   berjubah bercelak . Tidak ! Bukan itu semata , ada yg lagi bernilai Allah nak lihat , yakni USAHA kita kearah itu semua .

Taatlah  . Kerna itu tanda cinta .
01052016

The path that I could not expect


:-D  alhamdulillah  . .
  aku dapat ws dari sorang junior . She ask me a favour . Minta tlg ajarkan Arab katanya  . .  Aku gelakkan aje mula mula . Hahaha , , ye la . .
Arab kat skolah menengah aku pon tunggang langgang .

But since she knew yg aku ada amik daurah (kursus ) arab masa tnggu result spm haritu ..  haha , aku rasa sbb tu  --- kepercayaan dia tnggi nohh sroh ajaq dia Arab .

Alhamdulillah . Selesai . Sekarang aku mula sedar ..
Yelah dulu masa parents aku tahu tntg kursus arab tu . They prefer kat aku .. well , subjek arab adalah subjek yg duk lastt --- dalam list fav subjek aku..
Haha ,, so mmg x la aku nak pergi kan..

And guess what , soalan yg aku tnya kat ibu aku ..
  " Alah ,, guna ke arab ny nanti ? Adik bukan amik kos lughah (bahasa) pun .. Baik la ceq pi keja "
  Haaa, nampak dak alasan dia ? Huhu ..

Tapi tulah , pengalaman mematangkan kita . I am agree with that statement .  Dari aku benci arab , turns to Ana Uhibbu Lughatul Arabiah . "Jiddan!!"

And satu point lagi , yg aku duk sebok soal dulu samada penting ke tak . Atau guna ke tak arab ny .. Then Allah dah jawab melalui kehadiran seorg junior yg mnx ajar ny .

Yup ! Target aku mmg x nak amik lughah kat ipt nanti . So lam pikiran hang mestilah , oke then x yah lah amik kursus ni . Kan ?  Tapi sebenarnya walaupun aku tak guna untuk target aku nanti , tapi on the way ke target itulah aku PERLUKAN . See ??
Untuk aku ajar junior ny , if aku tetap zero tntg arab mcm skola
h mnengah dulu ,, boleh ke aku ajar dia ? Tak , kan ???

Tapi syukurlah , result spm sbjek arab aku , x lah seteruk yg aku jangka . Haha , (nmpk x aku expect rndh utk arab.. hehe) . Not C not A . So soo je.. alhamdulillah .

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

Oraitt , I wish you gud luck dik . Perjalanan awak masih jauh . . . Jgn jadi mcm akak yg dah nak pencen dari skolaa tu dulu , hahh baru nak bukak kitab . Haha .

Hadza min fadhli Rabbi . "Semua ini adalah kurniaan Tuhanku (Allah )..
01052016   ehh , dah bulan 5 ,, kjapnyaa..

Friday 29 April 2016

Come Backk yeahh !!



Assalamualaikum . .

Hollaa !!! Uish ,, berhabuk eak entry blog ny. .
Ya Allah , , lamanyaa x update .

Oh yea , yg dm & email minta update blog ,, sory sgt sgt ....
Ceq kejaa  . . So lately bnyk pulakk nak kena buat . 

Kalau cuti , gi interview mana mana ipt yg panggil . And alhamdulillah so far
Everything was going smoothly .
Hah ! Psl pngalaman iv tu nnti next entry eah . . .

Rinduunyaa nak berceloteh . Sape yg follow ig and fb tu , 
Adalaa sikit sikit aq post something that for me , benda kecik je kat
Pandangan aku . Share share ilmu .. but I hope so that moga Allah terimalah
Apa yg aku buat and sampaikan kat masyarakat .

Kalau nak dibandingkan ilmu aku dgn para asatizah , yeah .. mmg x la aku boleh lawan . 
Kalau nak dibezakan pengetahuan aku dengan para Ulama .. masyaa Allah ,, 
Jauh sekali jurang antara aku dan mereka .

Tapi aku tahu , yg ilmu aku . Ilmu mereka . Semua itu atas kehendak Allah . Atas kurniaan Dia . Maka , tiada daya aku untuk menyampaikan sesuatu ilmu atau barangkali hanyalah pesanan ringkas , melainkan keizinanNya dan ilham dariNya .

Dan niatku menyampaikan sesuatu perkara itu , bukanlah untuk aku memberitahu masyarakat bahwa aku adalah lebih baik  dari kalian . Tidak !! Jauhh sekali tidak .

Kerna apa ?? ---- Islam or dakwah is not about I am better than you , but it is about , come ! Let me show you something better . 
Tidak akan tersebar agama jika hanya menunggu yang sesempurna Baginda untuk menyebarkannya . 
Tidak akan berkembang Islam jika hanya menanti insan yang imannya sentiasa meningkat seperti malaikat .

Ini adalah usaha kecilku , aku tak mengharap dilihat manusia . Asalkan segala usaha diterima Yang Esa .

---ah sudah , tadi niatnya nak holla holla je , ni dah mcm karangan BM wei . .
Haha ,, thnx lah sape yg sudi mmbaca . 

Btw , esok cuti . Yeayy !! K bye . 

Ehem . .  Nampak mcm doktor ann bila tngok
Ada kerusi kat tepi meja uh . Mcm tnggu patient
plak . . Haha , berangan jela weih .

#photo taken by my boss a.k.a AYOHHH .. 



Tuesday 29 March 2016

Panass laa !

Assalamualaikum ;)

مساء الخير ؟

Sekarang musim panas ye dak?
Duk mengipas sana sini .
Ayam pun asyik berkepakk je manjang.. hehe

Tapi awakk . .
Cukuplah panas luaran je.. dalam janganlah panas2 . Sentap2 .
Tak syokk lah .. kesian mmber sebelah asyik makan penampoo.
Kesian pkerja kna maki dgn majikan.
Kesiann .. kesian.. kesian..

The point yg ceq nak habaq mai ny xde kene mngena pun ngn ayt kat atas. Just peringatan bersama .  :)

Ni nak bagitau ;

Kita ni makhluk yang mulia atas muka bumi . Dalam banyak2 makhluk ciptaan Allah,  KITA ni.. manusia dipilih untuk jadi khalifah .

Ye , kita memang bukan 'manusia pilihan' . Tapi Allah 'pilih' kita untuk terus hidup atas muka bumi ni pun dah cukup nikmat dah . Tambah lagi dengan 2 nikmat terbesar yg patut kita syukuri sejak azali ;
1-Nikmat Islam
2-Nikmat Iman

الحمد لله . . الحمدلله.  . الحمدلله . .

    Kita manusia ni tak sempurna dan takkan sesempurna Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم .  Maka dengan itu Allah pertemukan kita dgn macam2 jenis manusia ;

Ada yang menegur ada yang mengutuk . Maka jangan abaikan kedua-duanya . Diberi teguran , terima walau dengan paksaan . Dikutuk , means hati tu perlu dirujuk mengapa org tngok kita tak seronok.

Lastly ..
-sabar perlu dicari , marah perlu disembunyi-

Monday 28 March 2016

Just do

-Just do as many various good deeds
But don't waste your time to prove it-
Just do . Do . And do .
Tapi. Tapi.. jagalah nawaitu dan ikhlas. 
Kenapa kena ikhlas ?
Jawab aku.. sebab nanti rugi .
Hah ??
Mcm ni ;
Kau basuh baju then celup air longkang . Membazir kan ? Rugi je basuh..
Macam tu lah amal .
Saya yakin kalau kita semua amalkan prinsip di atas , ikhlas pasti menghampir dan riak akan terusir .
Kalau kita buat suatu kebaikan then orang tertawan , sbnarnya dia tertawan dengan kehebatan Allah tutup aib kita yang jijik semata mengharapkan pujian manusia yang juga hamba pada Dia ; Sang Pencipta
Don't waste your time to prove it.
Allah tu Maha Melihat . Dari kau bagi kucing tengah malam belakang rumah sehinggalah bantu seorang nenek melintas jalan .
-- my point is Allah nampak sekecil kecil amal sehinggalah sebesar besarnya .
Same goes to riak dalam hati tu
Wassalam

Saturday 26 March 2016

Tapi kenapa . . . ?

Tak semestinya apa yang kita cintai menjadi milik kita. .

Tapi apa yang kita miliki itulah yang harus kita cintai . .

Yang penting ,
Cintailah kerana Allah  ;)

#viamuharikah .

I'm agreed ! Just like people said ;
Do what you love , but if you can't ,
Love what you do . .

Kau minta 100 permintaan pada Allah , hanya 1 yg Dia tunaikan. .
Kau merungut pada 99 yang tertangguh , tanpa bersyukur pada 1 perkara yg Dia approved .

Kenapa yea ? Muhasabah kembali.

-N.I.M//27.3.16//SUNDAY-
alhamdulillah

Friday 25 March 2016

Judge

Kau nmpak dia pakai tudung labuh . Kau tengok dia pakai stokin . Kau nampak dia pakai baju longgar kadang2 jubah. Kau nampak dia pkai kopiah memanjang. ke surau tak tinggal .

Terus kau cop muka dia mcm ustaz, ustzh , naqibah , ank imam and so on..
Then one day kau trnmpk dia buat satu ksalahan. Dan aib dia tu sebenarnya kecil je nk dibandingkan dgn kau .
Terus kau cakap ,
"Eh eh.. haritu mcm baik "
"Nmpk je baik, hmm rupanya.."

Ya Allah .. awak, saya nk ckp sikit ..jgn marah yea;
  Siapa kita nk judge org ? Itu krja Tuhan nak nilai dosa pahala smua tu.
Awak mnusia , dia manusia..
Awak prnh buat salah , dia pun prnh buat salah ..
Tak ada bezanya dari sudut tu. Yang berbeza antara kalian adalah hati . Hati tu kalau dah karat , memang perlu digenyehh sental utk berkilat . .

Kau dan aku memang tak boleh nampak siapa ahli syurga .. tapi kita boleh nampak siapa yg benar2 mencuba.

Cermin semula hati . Masih ada lagi tak akhlak keji ? Adakah mpatan masih merajai ? Andai ia menjalar di hati , cepat2 lah taubat pada Illahi . Allah pasti akan ampuni . Jika taubat itu ikhlas dari hati . InsyaAllah ..
*semoga saya dan awak sedar diri*

#salamdariGanu#
26.3.16//sabtu//Pasar Payang

Wednesday 23 March 2016

Dhuha

Kenapa Allah ciptakan waktu dhuha ?

Supaya kita tak lupa pada Allah .
Gap atau jarak antara subuh dan zohor panjang.  .
Jadi Allah ciptakan waktu dhuha , supaya kita tidak lupa padaNya.
Walaupun seketika .

●nak buat apa waktu dhuha ? ●
 
Jawapan saya ,, terserahlah mana yang mampu .
Tapi seafdhalnya solatlah dhuha .
Yang bekerja ofis , kilang dan sewaktu dengannya . .
Andai tak punya waktu ,
Cukuplah sekadar mmbaca doa dhuha , berzikir dan berselawat .

Kerana Allah lihat usaha kita . USAHA . bgaimana kita bersungguh ke arahNya .

#mogaAllahredhasegalanya#

Tuesday 22 March 2016

Ajar pada Hati untuk .....

Macam mana kau kuat untuk bangkit setelah jatuh dulu ..
Begitulah yang perlu kau lakukan bila ujian datang menduga ..

Air mata dan senyuman takkan terpisah . Mungkin hari ini kau nangis sebab manusia , namun esok mungkin kau akan tersenyum sebab Allah . Which means ;
  Harini org yg buat kau nangis ,
And trust me that Allah akn buat kau tersenyum esok  ;)

Jadilah seperti air mata ;
  Ia adil pada kedua dua keadaan ..
Bila kau tersenyum gembira , boleh saja ia mengalir .
Bila kau masam mencuka , ia tetap mengalir .

Begitulah yang kau perlu ajar pada hati . Yea ,
  Adil . Suit to all situation .
Ajar hati untuk sentiasa redha dan syukur.
Saat kau senang , syukur .
Saat kau susah , redha .

2 elemen ini jangan pisahkan.
Mana mungkin kau dapat syukur segala nikmat , kalau kau x redha dengan ketentuan ?
And mana mungkin kau dapat redha segala suratan takdir , kalau kau x bersyukur dengan ujian yg hadir ?

Kadang aku cakap sendiri pada diri;
Ya Allah aku memang tak kuat ,
Tapi demiMu(agama) aku harus kuat ! 

#keepstrong #stayQawiy #LaTahzan
//12.18am //

Cuba . .

Ya.. tak semua mampu begini ,
Tapi cubalah jadi begini .

Semua orang berhak jatuh cinta,
Sebab itu fitrah manusia,
Kalau takde rasa cinta ,
Mungkin gila agaknya ,
Tapi apa yang utama,
Hnya yg bijak akn menghalalkannya.

Wahai wanita . . Sahabatku,,                       Lindungilah dirimu . Aku doakan semoga kalian kuat . Dan terus doakan aku jua. Sentiasa qawiy pada jalan ini. 

teringat kata2 seorang ukhti dlm kisahnya ;

       -jumpalah aku dengan cara terhormat , bukan dekatiku dengan jarum maksiat-

Wallahua'lam ..  moga Allah redha segalanya .

Monday 21 March 2016

Ya Allah , betapa rinduu...


Bismillah . .
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang ..

Ingin ku bicarakan melalui penulisan,
Kerna ku tahu , aku tak mampu
Untuk mengundurkan masa,
Berjumpa dengan kalian semua..

Pertemuan pada awal Januari 2016,
telah menyingkap pelbagai rasa,
telah menghurai pelbagai peristiwa,
dan yang paling penting,
telah mencipta sesuatu yang mungkin
dan semampuku, takkan lupakan .

dah 5 tahun, sahabat..
mungkin ada yg 4,3 mahupun 2..
tak kiralah berapa lama pun kita bersama,
yg penting kita PERNAH bersama,

kita tinggal sebumbung,
setiap jerih pedih kita berkabung.
Apa yang kau rasa, aku rasa.
Apa yang aku rasa, mungkin jua kau rasa.

Aku rindu segalanya,
Gelak tawa..
Lawak jenaka..
Buat muka..
Pergi supper..
Tarik muka..
Segalanya.. ya segalanya sahabat.

Kadang2 aku terpikir,
Sempatkah lagi aku bertemu kalian?
Bolehkah lagi aku mendengar suara kalian?
Berpeluangkah aku menatap wajah kalian?
Dan… yang paling aku risau;
Adakah lagi SAHABAT seperti kalian?

Aku tak cakap, yang aku kenal semuanya.
Aku tak cakap , yang aku rapat dengan semua.
Dan aku tak cakap, aku faham semuanya.
Mungkin ada diantara kita yang tak pernah bersua,
Mungkin ada diantara kita yang tak pernah berbicara,
Dan mungkin ada diantara kita,
Yang tak pernah kenal pun sebenarnya.

Wallahi . .
Ketahuilah, ukhwah itu memang dasarnya dari perkenalan.
Namun tidak akan terasa manisnya,
Andai tiada doa yang mengikat,
Ukhwah itu terasa kosong tanpanya.
Namun aku percaya, pertemuan bertahun tahun
Mustahil ada yang tak pernah kenal, sekalipun,
Bila terserempak muka semua mcm askar Jepun.



Sahabat, melalui kalian,
Aku kenal apa itu erti kawan.
Sahabat, melalui kalian,
Aku kenal apa erti penghargaan.
Sahabat, melalui kalian,
Aku kenal apa erti kejujuran.
Dan melalui kalian,
Aku kenal erti
PERSAHABATAN .  ;)

Aku tak mengharap aksara ini
Akan dibaca dan diteliti
Namun cukup sekadar luahan hati
Dan perasaan yang merajai.
Bahwa aku amat merinduii..
Segala kenangan dan memori
Takkan semudah itu aku tolak tepi
Ku mohon pada Illahi;
Agar kalian sentiasa dilindungi
Disayangi dan dirahmati .

Wahai sahabat, aku tak mampu
Untuk kumpulkan kita semua..
Sebab aku tahu ,
Kalian dah bawa haluan sendiri.
Mungkin mampu suatu hari nanti,
Tapi aku bimbang,
Ketika itu aku tiada lagi..
Satu je yang aku pinta,
Maafkan segala cacat cela,
Ampunkan segala khilaf diri,
Halalkan segala apa yang diberi
Hanya Allah yang mampu membalas
Segala baik budi
Kalian pada diri kerdil ini.

Sekadar ingatan bersama;
إن الدين عند الله الإسلام
(surah Al-Imran :19)
“sesungguhnya agama yang benar
di sisi Allah adalah ISLAM”

Teruskan berjuang wahai pejuang agama,
Bawalah nama baik ‘sekolah agama’
Aku bimbang juga sebenarnya,
Aku berdakwah pada manusia,
Risau jika aku yang terleka.
Tariklah diriku bersama,
Untuk kita bersua di Syurga .
Aamin Ya Rabb..

في حفظ الله , أصدقائي ..

-salam rindu tanpa noktah-
-dari hati ke hati-
-moga baca tanpa air mata-