QALBU

aku selalu bicara pada qalbu ,

hati kita siapalah yang tahu ,

atas jalan dakwah yang berliku ,

aku pohon moga Allah bantu

Thursday 19 May 2016

I'm proud with you

This entry was written on 19 May 2016 at 8.57 PM.

.
.
.
.
.
.

Musim result keluar dah tiba .

Result UPU .
Result matruk .
Result kolej swasta .
Result permohonan biasiswa .

Dan kini telefon ceq pun duk getar je sokmo , haha.. pasal whatsapp duk selalu masuk. Takpe , Alhamdulillah ceq suka kawan2 ceq duk tanya kabo . J

Masing2 duk tanya member dapat mana , kos apa , bila masuk . haih,, dah besar semuanya .

Alhamdulillah , I’m proud with you guys. Serius. Even ada yang mengadu kat ceq , “aku x dpt upu” // “dapat U jauh , prents x kasi pergi” // “ belajar situ mahal , kena fikir banyak kali la..”

Wahai kawan , member , sahabat , ketahuilah ..
Rezeki Allah itu Maha Luas . Senyumlah .

Kamu tak dapat Universiti itu , pada akal kamu sebab kamu tak mampu bayar , jadi kamu terpaksa lupakan hasrat itu . Tapi pada akal ( pengetahuan ) Allah , sungguh Dia Maha Mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. Barangkali ada ujian yang bakal kamu tempuh di sana , dan kamu tidak mampu menghadapinya. Faham tak ? maka senyumlah , sahabat J

Tuntut ilmu ni kat mana – mana boleh. Malah , sepanjang hayat kita ini adalah medan menuntut ilmu . Teringat sebuah kata oleh seorang pemikir barat ;

Your experience is the best teacher ever .


Maksudnya , pengalaman adalah guru terbaik buat kita. Kenapa ? Dari pengalaman lah kita banyak belajar . Setiap hari kita jumpa pelbagai perkara baru. Org begini , sikapnya begini dan kita tidak suka , maka azamkanlah dalam diri untuk tidak ada sikap sebegitu. Orang begini sikapnya , dan kamu terpegun dengan akhlaknya , maka tekadlah di hati untuk mencontohi akhlaknya. Maka itulah pengalaman berharga buat kalian . J

Pengalaman ---
Yang mematangkan .
Yang memandu kita lebih dekat denganNya.

Kat mana pun kita belajar , tajdid niat tiap hari. Ini pesanan seorang kakak senior pada ceq . Aku belajar kerana apa ?


Kalau sekadar ---
 kerja , kau tak perlu masuk U pun . bukak warung , jual produk dsb.
Kaya , tak perlu masuk U pun . cukup sekadar kamu meminta – minta .

Tapi jika nawaitu kamu ingin mencari ilmu , menggapai redhaNya , jangan risau wahai sahabat . Semua itu bakal kalian peroleh . Kerana apa ?

“kamu mengejar dunia , kamu tidak dapat akhirat. Kamu mengejar akhirat , kamu akan mendapat keduanya”

#rehatsebentar
#renunganbersama
#CeqSayangSahabatCeq
#MogaKalianSentiasMendapatRahmatNya



Wednesday 18 May 2016

Ketenangan perlu dicari ke ?

Kadang - kadang ketenangan itu tidak perlu terlalu dicari.
Ia akan datang sendiri .
Pada perkara yang kita sudah lali* .

Cuma selama ni , buat tanpa hati .
Buat sekadar buat .
Tanpa penghayatan dan keyakinan .

Kadangkala baca Quran , kita dapat ketenangan .
Kadangkala tngok mak ayah je dah tenang .
Kadangkala beriadah dgn mmber dgn niat lillah akan dpt ketenangan itu .

Ye , tanpa kita mintak pon ..

Well said ,
apa - apa yg mendekatkan kita dengan Allah.
Di situ , kita perolehi KETENANGAN .


Saturday 14 May 2016

AKU BUTA

this entry was written on 14 May 2016 at 11.37am



ntah la.. kadang kadang kita rasa terlalu selesa kat dunia.
sampaikan kita rasa , kita dah tak akan ke mana.
buat apa apa pun tak dilihat manusia
jadi biarkan aje.

cukuplah aku buat baik pada diri sendiri.
orang lain , lantak diorang la.
kalau aku mampu berfikir begini ,
tak mustahil yang lain.

AH SUDAHLAH !

-------------

kenapa perlu fikir bagaimana orang lihat . tapi tidak fikir bagaimana sekiranya Allah lihat
---- yang sememangnya Maha Melihat .
ye , kau buta .

buta dalam menilai.
buta dalam berkata.
buta dalam menjadi.


kau nilai ujian itu melemahkan . sedang itulah yang menguatkan.
sedang itulah yang mendekatkan kau dengan Tuhan.

kau berkata penuh dusta . sedang kau lupa , semua itu akan diperkata sendiri oleh kau di 'sana' .

kau menjadi seseorang semata - mata untuk seseorang . sedangkan seseorang --- orang itu sifatnya sementara . kerana dia juga hamba .

tapi kau buta . buta . buta .
buta dalam semua perkara .
buat sesuatu pandukan nafsu , sedang kau tolak tepi panduan wahyu.

------------------------------------------------------
 'kau' itu 'aku' .


Ya Allah , celikkanlah hati aku . bersihkanlah jiwa aku . aku tak mampu buat sesuatu tanpa bantuan dan pertolonganMu . sungguh , Kau Maha Penyayang . tapi aku salah gunakan . aku buat dosa , kemudian aku taubat. aku buat dosa , kemudian aku mohon keampunan. yelah , sebab Kau Maha Pengampun.
Ya Allah , jijiknya aku disisiMu .

tapi kau penuh dengan KASIH SAYANG . Kau penuh dengan KELEMBUTAN .
masih memberi nyawa pada yang hina --- bukan pada pandangan manusia .


Na'uzubillah min zalik.

jauhkan aku dari semua itu . aamin Ya Rabb :)

---------------------

LOVE,
CEQ 























Friday 13 May 2016

Bersih Ke Kita ??

This entry was written on 13 May 2016 at 9.50 pm .



Assalamualaikum ,  haa.. haritu kan ceq habaq nak bagitau sikit pasai “Hadith Open Mic” kan ?
Oke , semalam hari khamis dan tajuk depa semalam adalah “KEBERSIHAN” // النظافة  // “CLEANESS
BM . BA . BI . jangan baca lagu laen plak --‘

Hidup kita memang perlu pada kebersihan. Sejak kecil kita dididik dengan bersih. Bangun awal pagi mandi. Gosok gigi. Sikat rambut. Iron baju. Pakai tudung kena lipat tu haa kat pipi.kasi bulat macm bola.. baru comel kata ibu . haha.. Kasut kapur setiap 2 hari. Ya Allah.. rindunya,,

Ustaz tu kata , Allah suka orang yang bertaubat dan menyucikn diri. Kerana orang yang bertaubat itulah sebenarnya orang yang suci. Malah mulia barangkali. Mungkin tidak nampak disisi manusia, tapi sangat di Yang Esa.

Seperti satu hadis yang ceq dapat semalam, :

ISLAM ITU BERSIH. MAKA JADILAH KALIAN ORANG YANG BERSIH. SESUNGGUHNYA TIDAK MASUK SYURGA KECUALI ORANG YANG BERSIH”
-Al-Baihaqi-

Deep. Ye. Tahu.

Tahu’ tak mampu nak ubah sesuatu tanpa apa-apa tindakan. We need to do it !

Bersih disini bukanlah sekadar tiada najis di baju. Bukan sekadar di muka tiada debu. Bukan sekadar kilatnya pintu. Dan bukan sekadar bersihnya badan hingga tiada  bau.
Fuhh~ haha..

Salah satu perkongsian dari brother Suhail (tetamu jmputan).
Bersih ni adalah suatu kontras. Yeah , kita tak boleh cakap sesuatu benda tu bersih , kalau ia tak kotor dahulu. Kan ?? oke, macam kita kemas bilik.. dah settle semua tu, then kita akan cakap..
Yeay !! bilik dah bersih !”  wait, bila kotornya?  Nah.. faham kan ?  good !

Dan actually bersih ni perlu luar dan dalam. It’s not just a physical appearance. But somehow it needs to be mentally too.

Andai bersih itu didefinasikan untuk zahir sahaja.. sudah tentu aku sentiasa berburuk sangka.
Andai bersih itu dipandang secara luaran , sudah pasti aku akan sentiasa berdendam.
Andai bersih itu dinilai dari fizikal , aku yakin akulah syaitan dunia.

Ye,, tak mustahil. Kerana apa ? buruk sangka bukan jenayah fizikal. Dendam bukan jenayah fizikal. Maka tak mustahil untuk aku tidak takut berbuat sedemikian. Sebab dunia kini memandang jenayah fizikal itu lebih kritikal berbanding jenayah mental (hati).





Dan kalau kita fikir, pembunuh tak akan membunuh andai hatinya bersih.
Dan kalau kita fikir, pencuri tak akan mencuri andai hatinya bersih.
Dan kalau kita fikir, pengkhianat tak akan membelot andai hatinya bersih.






Semua bermula dari hati, sayang *eceyhh.. J. Tapi betul . hati itu enjin bagi kerangka (hidup) kita. Kalau selalu dibaiki, maka eloklah kereta itu. Jika sering diservis , maka lancarlah pergerakannya.

Nah ceq bagi quotes sikit :

  IF YOU WANT TO BE A CLEAN PERSON, JUST LET IT BE IN AND OUT  :)

---------------------------------------------------------------------------------------

Minta maaf salah silap .
Mohon kebenaran yea pihak HOM amik sedikit ilmu untuk dikongsi.
Moga bermanfaat buat semua.

Oh yea , buang sampah keluar dari kereta akan buat kereta kita bersih. Wah ,, teruskanlah buang.
Itupun kalau kat luar tu tong sampah. Sebab setahu ceq, ‘sampah’ selayaknya di tong sampah.

Semuanya ada tempat masing – masing. Dan meletakkan sesuatu pada tempatnya , itulah yang dipanggil HAK. Allah tak suka orang pengotor. Jadi selayaknya orang yang Allah tak suka kat mana?



wallahualam.


LOVE,
CEQ




Wednesday 11 May 2016

ALLAH SAYANG KAU :)

This en try was written on 29 April 2016


Sekarang ceq mula sedar. Betul , ustaz di sekolah rendah ceq ada cakap. Nak tuntut ilmu , tuntutlah sekarang (muda ). Nak berjinak dengan amal ibadat, mulalah sekarang (muda). Dulu ceq tak faham. For me , it’s good what kalau waktu tua2, otai2 tu nak beramal ibadat, tambah ilmu , gi kelas agama , kuliah dengan atok2. *haha comell pulak dengarnya*
Yela , kata orang .. "Dunia Kata Pergi , Kubur Kata Mali" *btol ke ?

Tapi satu point yang aku terlepas pandang. Ye !! “MULA” . The starting point is the main. How we start can show how we end. Kalau berjinak dengan tarbiyah di usia muda , In Shaa Allah akan kekal ke tua. Which means , kudrat itu , selagi ada , gunakanlah .

Guna sebaiknya. 


CAK !!!  hehe..

didiklah anak2 muda mendekati malah mencintai Al-Quran
kerana sesungguhnya ALLAH memelihara
hati orang yang menjaga Al-Quran 

Bila usia meningkat , komitmen bertambah. 
Kerjanya lain , rumah tangganya lain, anak-anaknya lain. Waktu tu kau akan rasa , menyesalnyaa… tak guna waktu muda dulu untuk tambah amal dan segunung ilmu.
Yup ! ini semua berdasarkan pengalaman ceq. Selalu terdengar kawan2 ibu ayah bila mereka berjumpa. . kadang2 terdengar ayat itu. 

Kadang2 Allah bagi kesedaran dan jentik hati kita secara halus dan lembut. Kerana itu Allah juga ada nyatakan dalam Al-Quran *Ceq tak berapa ingat surah apa..InShaaAllah nnti ceq sertakan surahnya*
melalui ayat itu , dapat ceq fahamkan sebagai orang awam,, bahwa setiap apa yg berlaku di sekeliling ini adalah tanda kekuasaan Allah. Namun itu hanyalah untuk hambaNya yang berfikir.

Allah tegur ceq tentang kesedaran ini melalui perbualan mak cik – mak cik je .. yang kalau kita tengok secara kasarnya macam.. alah,, biasala org tua ckp gituu..
itu yang kita salah !

“BETULKAN YANG BIASA , BIASAKAN YANG BETUL”  J


Tapi nenek atok ,,ceq nak pesan, *ehh, mcm ada je nnek atok baca --‘ haha*
 janganlah terlalu menyesal , takut nanti tertinggal. Menyesal boleh , but MOVE ON !!
Allah tak suka orang yang mudah sangat berputus asa ni.. 

Betul , kadang – kadang benda yang baik , atau perubahan kearah yang lebih baik ini, kau perlu mula dengan KETERPAKSAAN. Lambat laun, kau akan lali..
And hari kau takkan tenang tanpanya.  Waktu itu , percayalah.. ALLAH MEMELIHARA KAMU J


Tuesday 10 May 2016

BOSAN . .

this entry was written on 23 March 2016 at 7.00am


BOSAN . .

Setiap orang ada kisah yang tersendiri.

Kisah aku,
Aku rasa..

Kisah kau,
Kau rasa..

Tak kesah la macam mana pun kisah kita,
Tak kesah la macam mana pun masa silam kita.
Yang penting kisah itu dari Allah .

Kita ada hak untuk berubah.
Syaitan tak pernah bosan nak hasut kita,
Allah tak pernah bosan nak ampunkan kita,
Kenapa kita nak bosan untuk

Mohon ampun dariNya ??

غد البصر . .

this entry was written on 16 April 2016 at 5.30pm




غد البصر . .



Kalau dalam solat kita mampu
Tundukkan pandangan ke tempat sujud .
Mengapa tidak di luar solat juga ?

Tidakkah ia sesuatu yang baik
Jika kita mampu mengaplikasikannya ?

Susah ye ?  Rasa best tengok gelagat manusia ni kan?
Sampai kita tak sedar , yang kita tak mampu
Untuk kawal diri dari lihat ajnabi .

Kalau macam tu ,
Cuba fikir jap..
Yang menetapkan kita supaya
Memandang ke tempat sujud
Siapa ? sudah tentu Allah .
---- Kita patuh.

Adakah yang menyuruh kita
Menundukkan pandangan

Di luar solat bukan Allah ??

Monday 9 May 2016

HADITH OPEN MIC

THIS ENTRY WAS WRITTEN ON 9 MAY 2016 at 5.13pm . 

just a light entry for now :)
InShaaAllah , nak promote bagi sesiapa yang mahukan
makanan buat rohani (iman) , JOM !!
saksikan satu program dakwah yang dibawakan secara santai.

channel apa ??
 channel oasis di saluran 016 :)

yes , one of my mom's favourite tv programme also ;


HADITH OPEN MIC !! 


nah ! promote sat . haha ~ ;)

MashaaAllah , tabarakallah ..
sangat banyak informasi dan perkongsian yang boleh kita ambil
dari setiap bait-bait kata tetamu jemputan
yang juga bukan calang-calang orang yea !


InShaaAllah , jika ada perkongsian ilmu yang ceq dapat darinya ,
ceq akan post kat blog ny naa ~

#mogaALLAHrahmatikalian
#journeyofDakwah .


got to go. assalamualaikum


























Wednesday 4 May 2016

27 Rejab : Tanggal Bersejarah Umat Islam


sebelum tidoq , meyh layan sat.
baca tentang peristiwa Isra' Mi'raj 
memandangkan sudah tiba waktunya..
selamat membaham ilmu ini yea..

PERISTIWA ISRA’ DAN MI’RAJ

Ia berlaku pada 27 Rejab .  // apa maksud Isra dan Mi’raj ?
Ok , Isra’ bermaksud perjalanan malam manakala Mi’raj pula bermaksud pendakian .
Baginda diisra’kan dari Kota Mekah ke Kota Palestine dengan menaiki Buraq .
*dulu selalu dengar pasal Buraq ni kat sekolah tapi x tahu mende *
Oke sambung .. Nabi ketika itu ditemani oleh Malaikat Jibril dan Malaikat Mikail .

Baginda diperlihatkan pelbagai kejadian yang ajaib ketika dalam perjalanan itu .
Baginda melawat  beberapa tempat ketika itu iaitu
  • ·       Kota Madinah ( kota yang akan baginda berhijrah)
  • ·       Bukit Sinai ( tempat munajat Nabi  Musa)
  • ·       Baitul Laham ( tempat lahir nabi Isa )


Apabila Rasulullah sampai di Masjidil Aqsa , Palestine maka baginda solat di situ . seluruh para nabi menjadi makmum dibelakang nabi .

Kemudian ? *wahh.. tak sabra nampaknya nak tahu . .

Daripada Baitul Maqdis inilah Rasulullah berangkat ke Sidratul Muntaha . * haa.. peristiwa inilah dipanggil Mi’raj . perjalanan Baginda menembusi 7 lapisan langit . di setiap lapisan itulah Rasulullah berjumpa dengan para nabi terdahulu seperti nabi Adam , nabi Isa , nabi Yahya , nabi Yusuf , nabi Idris , nabi Harun , nabi Musa dan akhir sekali nabi Ibrahim yang mana ketika itu Baginda sedang bersandar di Baitul Makmur .

*seperti yang selalu diperjelas dalam kuliah agama yang sering kita dengar , Baginda juga diizinkan oleh Allah untuk diperlihatkan azab neraka dan syurga * . baiklah , kemudian Baginda tiba di Kursy dan seterusnya Arasy . ketika inilah Rasulullah melihat sendiri mengenai malaikat penjaga Arasy , Lauh Mahfuz dan lain-lain hal ghaib .

Maka setakat di Sidratul Muntaha sahajalah Baginda ditemani malaikat Jibril . perjalanan seterusnya hanya diteruskan Rasulullah secara bersendirian kerana Baginda sahajalah yang layak mendaki lebih tinggi lagi . Maka sampailah baginda di Mustawa . di maqam yang tertinggi inilah baginda ‘bersua’ dengan Allah .

*ini bukanlah bermaksud Allah SWT berada di langit , syurga , Sidratul Muntaha atau sebagainya . Ini kerana ketika itu , yang berada di Mustawa hanyalah Baginda Rasulullah manakala Allah wujud tidak bertempat . Rasulullah ‘bersua’ iaitu berbicara , mendengar , dan melihat Allah tanpa kaifiat .

Baginda dimi’rajkan dgn sebegini tinggi adalah sebagai bukti maqam kemuliaan Rasulullah SAW adalah yg tertinggi melebihi segala-galanya . Kerana inilah Baginda digelar Penghulu segala Makhluk , bermakna baginda lebih mulia daripada Arasy , Kursy , Lauh Mahfuz para Malaikat dsb . Ketinggian ini juga bermaksud hanya hamba Allah yang mampu mencapai darjat sebegini sahaja yang mampu ‘bersua’ dgn Allah ketika dia masih hidup .


\\ petikan kisah ini diambil daripada KITAB TAMADUN ISLAM\\ karya IBN JAWI \\ terbitan THE PATRIOTS .
nak link the patriots ?? banyak sejarah Islam yang mengagumkan dan ilmu2 lain ada kat sini..
nah :                  http://www.thepatriots.my/ 
                    facebook mereka :    /https://www.facebook.com/thepatriots2020/                 
               
J  sahabatku dan pembaca sekalian , peristiwa (Isra’ Mi’raj) ini telah membuktikan salah satu kekuasaan Allah dan kemuliaan Baginda Nabi Muhammad SAW di sisi Allah . *nak tahu tak ?? Baginda dimuliakan oleh Allah dengan gelaran Habibullah (kekasih Allah) .

اللهما صلى على سيدنا محمد    J




Sunday 1 May 2016

Keberkatan MASA ??



assalamualaikum . .

hari ni dah 2 Mei 2016  . Ya Allah , cepatnya masa berlalu . tutup mata , celik mata ,
dahh pagi .. haihh ~  tak yah duk ngeluh sangat lah . 

"mana tak ngeluh nyaa. . cepat sangat masa ni bergerak . ceq nak buat kerja pun , macam asyik tak sempatt je weih "

"hang nak tau dak apa salah satu tanda tanda kiamat ? *Gulp !!* "hah.. padia ??"

"waktu cepat berlalu meninggalkan kita"  *tertunduk .. 

untuk entry kali ni , ceq tak dak la nak cakap pasal kiamat pun . It's just about time . and maybe some addition --- biasalah kalau mmbebel mana kena rangka draft , ye dak ? haha.

************************************************************************
aku terjumpa satu quotes ;  " dalam satu hari tu , kita buat semua benda , rasa clearr je . and masa dirasa tak berlalu terlalu pantas . malah rasa banyak sangat waktu terluang . itulah tandanya masa kita diberkati ."

haa . . ingat rezeki je ke yang ada barakah ? dalam setiap apa yang kita lakukan kat dunia ni , semuanya perlu harapkan barakah dari Allah . Rahmat dari Allah . that's why dalam sesuatu majlis like perjumpaan ajk kampung ka , mesyuarat PIBG ka *alahaii..rindu pulak* , wedding and so on .. mesti dalam list tentatif program tu adanya bacaan doa oleh si pulan .. whether imam, ketua pelajar , ketua kampung dsb lah . And perasan tak dalam doa tu mesti ada berbunyi atau hampir sama ;

"Ya Allah , kami berkumpul pada hari ini adalah untuk . . . . . , maka Ya Allah , kau berikanlah kelancaran pada program kami , dan kami memohon agar Engkau berkati majlis ini , serta berilah keampunan kepada kami . .  . .. "

kan ?? mesti pernah dengar kan ? So the point is , MASA ITU JUGA PUNYAI KEBERKATAN . maka , dalam kehidupan seharian kita , sudah tentulah masa itu sentiasa bergerak kan ? dan setiap detik yang berlalu , dalam silih ganti minit dan jam .. mohonlah pada Allah , agar NIKMAT MASA yang kita kecapi selama ini dan akan datang , diberi keberkatan agar segala pekerjaan yang kita lakukan juga diredhai . In Shaa Allah  . . Allahumma aamen..


"MOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN KALIAN :) "
-ceq-



nah ,,  kita sebagai seorang Mukmin In Shaa Allah beriman bahwa
kematian itu suatu kepastian . maka jadikanlah dunia ini
sebagai pembantu kita untuk mendapatkan Husnul Khotimah
dan syafaat Baginda di akhirat kelak .
In Shaa Allah ..