QALBU

aku selalu bicara pada qalbu ,

hati kita siapalah yang tahu ,

atas jalan dakwah yang berliku ,

aku pohon moga Allah bantu

Monday 21 March 2016

Kerna Dia

Di saat kau sangka aku setabah yang lain..
Sesungguhnya tidak .
Di saat kau sangka aku segigih yang lain ..
Sesungguhnya tidak .
Di saat kau sangka aku sehebat yang lain ..
Sesungguhnya tidak .
Ketahuilah . Aku tidak akan dapat semua tu.
Aku tak mampu tabah . Gigih . Dan hebat .
TanpaNya .
Sungguh aku tak mampu .

Kau nampak aku 'macam' sempurna
Hakikatnya tidak seperti disangka .
Semua tu kerana Dia .

Allah itu Maha Kuasa .
Allah itu Maha Pengasih .
Kalau bukan kerana Dia,
Habis semua aib tertera .
Kalau bukan kerana Dia,
Yang menutup segala cela,
Aku yakin tiada yang rela .

"People call me a 'perfectionist' . But I'm not . I'm a 'rightist' . I do something until right . And then I move on to another thing" - James Cameron-

Wahai sahabat , ketahuilah bahawa ;
Sempurnanya kita
Di mata manusia..
Kerana Dia
Yang menutup segala cela ..

-N.I.M- // 4.03PM

No comments:

Post a Comment